Monday, August 18, 2008

MAHA 2008

Local Fruits
Bongsai Park
Makanan Zaman Jepun
Dewan A
Pameran MADA Kodiang
Kawasan Pakir (KCC49)
Dewan A
Main Enterence
Lawatan Menteri
Gerai Luar
Dewan Utama
Gerai MADA
Main Transport
Wakil Kedah
Taman Dalam Balang
Tengah panas... Dahagalah ibu...
Nangka Amy Mastura
Gerai FAMA
Milk Time
Train
Hensem Boy
Main Enterence
Orkid
MAHA 2008
Boy Sleepy

17 Ogos 2008 (Khamis) selepas pulang dari opis, aku terus pack barang2. Bini tanya nak p mana? Haha... jom p kl... Eh2.. ya ka? haha... Jom... Haha... makan angin yang x dirancang. Selepas balik dari surau selepas insya... (balik lewat sebab ada tahlil & kenduri) dalam jam 10.15 terus bertolak ke kl. Walaupun x dirancang, tetapi ada la plan sekit2 nak try keta (KCC49) selepas harga minyak naik, cuma xtau bila.

Alhamdulillah, tiada masalah selepas bertolak. Selepas 2x berhenti buat susu baby, aku sampai tol jalan duta jam 2.00 pagi. Punyalah susah cari hotel area kl malam2 buta... semua penuh. Akhirnya selepas makan malam belakang Vistana Hotel yang penuh malam tu, dalam jam 3.00 pagi aku terus call sepupu aku di Putrajaya.

Aku sampai Prisent 18 jam 4.00 pagi. Ganggu sepupu aku yang keja di Jabatan Pendidikan Tinggi... haha...
Maha 2008 lakar sejarah
Oleh FUAD HADINATA YAACOB

PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2008 yang menutup tirai baru-baru ini, mencatat seribu kenangan kepada penganjur, peserta dan pengunjung, selain melakar sejarah sebagai pameran terbesar sejak kali pertama diadakan pada 1999.Pameran dari 11 hingga 23 Ogos lalu yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (Maeps) itu menjadi landasan terbaik untuk usahawan Bumiputera khususnya memperkenal dan memasarkan produk masing-masing.Bertemakan “Pertanian adalah perniagaan”, pameran yang diadakan di tapak seluas 130 hektar itu menjadi hab bagi pemasaran produk pertanian, perladangan dan penternakan.Sektor pertanian diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan menjadi sektor pemacu ketiga ekonomi negara dengan sumbangan RM14 bilion pada tahun lalu. Ia ternyata memberi impak serta mempunyai tarikan sehingga menjadi tumpuan ramai setiap kali ada penganjuran program berkaitan.
Sepanjang 13 hari Maha 2008 berlangsung misalnya, jumlah pengunjung dicatatkan 1.2 juta orang, meningkat 200,000 berbanding Maha 2006 dengan jumlah sejuta orang.
Jumlah itu yang dianggarkan purata 100,000 pengunjung sehari turut mencatatkan nilai urus niaga semasa RM9.7 juta berbanding Maha 2006 dengan jualan semasa RM6 juta.Di samping itu, sebanyak RM133 juta pesanan serta potensi jualan diterima peserta Maha 2008 selain 155,000 pertanyaan perdagangan, termasuk mendapatkan produk, menjadi pengedar untuk pasaran dalam dan luar negara.Dengan bilangan ‘booth’ atau gerai sebanyak 1,918 membabitkan 1,179 peserta, Maha 2008 mencatat sejarah sekali gus mendapat pengiktirafan sebagai pameran pertanian, hortikultur dan agro pelancongan terbesar pernah diadakan di negara ini daripada Malaysia Book of Records (MBOR).Kejayaan itu membuktikan pameran seperti Maha bukan satu pembaziran, malah memberi peluang kepada usahawan mengembangkan perniagaan.Penganjuran Maha 2008 di Maeps adalah pameran produk pertanian terbesar di Asia yang berasaskan model Pameran Pertanian Diraja Britain di Stoneleigh Park, London, England.Pameran kali ini dipersembahkan melalui empat dewan pameran serta beberapa pameran interaktif di tapak ladang yang menonjolkan tujuh sub-sektor pertanian iaitu nanas, jentera ladang, ternakan, akuakultur, sayur-sayuran, padi dan bunga-bungaan.Seperti penganjuran Maha sebelum ini, Maha 2008 juga ada tarikan sehingga berjaya menarik ramai pengunjung.Sudah tentu tarikan utama kali ini ialah persembahan rodeo, Rumah Negeri, jualan dan lelongan ternakan, ‘Petting Zoo’ serta pelbagai aktiviti menghiburkan di Laman Ternakan.Antara yang mencuri perhatian pada Maha kali ini ialah Laman Sayur yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi). Menampilkan konsep Taman Edible (Laman Sayur untuk landskap), ia sesuai dengan situasi negara menghadapi kenaikan harga barang.Tanaman Hobi juga ditampilkan di Laman Sayur dengan konsep mini fertigasi — penanaman pokok seperti melon, tomato, petola dan timun tanpa tanah.Turut menarik perhatian, kepelbagaian industri pertanian dan asas tani serta produk industri kecil dan sederhana di Laman Negeri yang menampilkan keunikan negeri diwakili. Selain pelbagai pameran hasil pertanian dan penternakan, Maha 2008 turut merakam beberapa peristiwa penting. Antaranya majlis perasmian dan pelancaran empat mesin pemprosesan makanan di Laman Jentera dan pelancaran mesin padi ‘knapsack wetland paddy row seeder’ di Laman Padi anjuran Mardi.Turut diadakan majlis perasmian Aquafair di Laman Perikanan anjuran Jabatan Perikanan dan pelancaran orkid hybrid baru ‘Dendrobium Datin Seri Jeanne’ sempena nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.Di samping itu, sebanyak 24 kertas kerja yang memfokuskan kejayaan dan pencapaian negara dalam bidang pertanian, hortikultur dan agro-pelancongan dibentangkan dengan penyertaan hampir 5,000 peserta.Tidak ketinggalan, empat majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) turut diadakan sepanjang Maha berlangsung.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed selaku tulang belakang penganjuran Maha kali ini turut berpuas hati dengan pencapaian Maha 2008 yang menyaksikan pertambahan jualan, pengunjung dan penyertaan.“Melalui ‘bedah siasat’ yang dilakukan, dua perkara utama diberi tumpuan iaitu berkaitan fizikal seperti komen pengunjung antaranya trem lewat, surau tidak mencukupi, tanda arah serta tempat meletak kenderaan.“Masalah ini ditangani serta-merta ketika itu, namun untuk Maha 2010, masalah yang timbul ini diberi tumpuan. Selain itu, mengenai kualiti perniagaan, kita akan menarik lebih banyak penyertaan antarabangsa selain menganjurkan pelbagai aktiviti pertanian di Maeps,” katanya.Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Maeps akan mengadakan pameran dan jualan pertanian seperti jualan baja, biji benih, buahan dan sayuran pada hujung minggu selepas Aidilfitri ini.Katanya, pelbagai aktiviti berbentuk pertanian akan diadakan di tapak pameran dengan kos pelaburan RM250 juta bagi mempromosi pelbagai hasil pertanian dan penternakan.Menurutnya, tapak itu juga terbuka kepada pihak lain seperti badan bukan kerajaan, pihak swasta atau jabatan kerajaan menggunakan kemudahan yang ada.Mengenai kejayaan Maha 2008, Mustapa berkata, ia bukan saja diperoleh melalui hasil jualan, jumlah pengunjung serta penyertaan, tetapi menonjolkan kejayaan dalam perkembangan teknologi pertanian seperti aktiviti penanaman sayur, fertigasi serta mesin baru.
(Berita Harian 7/9/08)

No comments: