Tuesday, February 24, 2009

Jubli Emas UUM 25th

PSB 25 Tahun
Penasihat Pasukan
Pasukan Rotu Navy & Polis
Potong Kek
Abg Majid Ketua Koir
Pasukan Pelajar Lawyer
Pasukan Pancaragam
Azizul Pasukan Bendahari
Azri Bendahari
Peneraju Utama Pasukan
Wanita PSB
Gang Rotu Darat
Pasukan Pusat Komputer
Sedia Kawat
Linda, Azman & Aku
Semua Pasukan Berkumpul
Pasukan Antarabangsa Kolej Maybank
Pasukan PSB
Pasukan Berkuda
Di Rasmikan Oleh NC & Pengarah UUM
Pertunjukan Paracut
Segak Bergaya



PROUUM ONLINE: LEBIH 20,000 pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan berhimpun di Kompleks Sukan kampus itu malam esok (16 Februari 2009) sempena ulang tahun ke-25 kampus UUM.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak pada malam itu Afendy Muhammad, sebanyak 36 pasukan masing-masing 18 dari pusat tanggungjawab, 15 Dewan Penginapan Pelajar dan masing-masing satu pasukan dari Suksis dan Pancaragam Pusat Kokurikulum akan mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Katanya program ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang selepas pelancaran perayaan Jubli Perak pada 10 Februari yang disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah selaku Canselor UUM.
Tinjauan sekitar kampus pagi tadi semua kontinjen sibuk membuat persiapan dan latihan kawad sebagai persediaan untuk perbarisan pada malam esok.
Beliau menambah program sambutan esok yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Tan Sri Samsudin Osman merangkumi lafaz ikrar yang akan diketuai oleh Pendaftar Harun Amin bersama kakitangan, persembahan kebudayaan, perarakan kontinjen dan pertunjukan bunga api.
Dalam pada itu Amirullah Ikrami Akbar dari UUM College of Arts and Sciences (CAS) yang ditemui semasa sesi latihan berkata, beliau bangga kerana walaupun baru setahun berkhidmat dengan UUM namun berpeluang untuk menyertai sambutan penubuhan UUM ke-25.
“Saya tidak akan melupakan saat manis ini kerana untuk menjangkau umur 25 tahun sudah semestinya pelbagai rintangan telah dihadapi dan kini bagi saya rakan-rakan lain harus berusaha untuk menaikkan imej UUM ini,” katanya.
Bagi Muhammad Faiz Ahmad Pembantu Am Pejabat di Pejabat Perhubungan Awam yang telah berkhidmat sejak tahun 2001 berasa bangga kerana diberi peluang oleh unitnya untuk menyertai perarakan pada malam esok.
“Bukan senang kita semua hendak berkumpul seperti ini dan malam esok pastinya akan tercatat satu lagi sejarah dalam perkhidmatan saya,” katanya yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-37 pada 10 Februari lalu.


























Wednesday, February 11, 2009

Jublee Emas UUM 25th

Mr. Matnor & Aku


Tuanku Sultan meletakkan replika 25 tahun UUM

sebagai tanda merasmikan Perayaan Jubli Perak


Dalam Dewan


Tempat Jamuan


Amirul Cas


Mr. Mat Nor & Oficcer UUM




Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitahingin melihat Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) mengorak langkah untuk menjadi “konsultan” pengurusan negara kepada negara-negara membangun lain melalui formula Malaysia.

Baginda bertitah, profesor dan pakar di UUM COLGIS dan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) mampu memahami dan mendokumenkan kebijaksanaan pemimpin negara dalam mentadbir Malaysia.

“Keunikan dan formula mentadbir negara berbilang kaum sejak awal kemerdekaan hingga kini, sudah mula disedari pemimpin dunia ketiga yang lain.

“Daripada pengamatan Beta, Beta dapati UUM telah melalui tiga fasa perkembangannya sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Fasa pertama, dimulai dengan peletakan asas program-program akademik. Pada fasa ini, UUM telah mentakrifkan institusinya sebagai “Universiti Pengurusan”.

Fasa kedua, dicerahkan dengan peletakan tapak operasinya, iaitu di Lembah Sintok, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Daripada Lembah Sintok ini, UUM menghubungkan dirinya dengan tempat-tempat lain di negara ini, dan juga dengan negara-negara luar. Setelah UUM berdiri dengan gagahnya di Lembah Sintok ini, Beta melihat UUM telah mula menarik perhatian masyarakat dalam dan luar negara terhadap program-program akademik dan kokurikulum yang ditawarkannya.

Fasa ketiga, Beta dapat merasakan UUM telah mula menyusun semula organisasinya, supaya ia lebih efektif bagi menangani cabaran-cabaran mendatang. Melalui fasa ketiga ini, Beta dapat mengesan perubahan atau “change” di UUM, bagi membawa UUM jauh ke hadapan.

Titah baginda lagi, perubahan atau “change” sepanjang peningkatan usia sesebuah organisasi adalah satu kemestian. Tanpa perubahan, organisasi akan menjadi statik dan organisasi yang statik tidak boleh maju ke hadapan.

“Justeru, orang yang berada di dalamnya akan menjadi terlalu selesa, sehingga tidak boleh memberikan saingan pada cabaran-cabaran baru dan oleh itu, organisasi sentiasa memerlukan suntikan-suntikan baru bagi melahirkan keraguan, kerana daripada keraguan itulah seorang mula berfikir untuk mencari alternatif-alternatif,” titah baginda pada majlis Pelancaran Perayaan Jubli Perak UUM sempena 25 tahun penubuhannya, di sini.

Selain itu, baginda sultan juga turut menitahkan supaya UUM melakukan proses semakan semula semua aspek struktur dan fungsinya bagi mengesan kekuatan serta peluang baru bagi menjamin universiti itu terus relevan.

Baginda bertitah, semakan itu juga perlu dilakukan untuk mengesan kelemahan serta cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi UUM, agar dapat ditambah baik demi menjaga kualitinya.

"Beta meletakkan harapan yang tinggi kepada UUM agar hasrat penubuhannya dikembangluaskan kepada pelan tindakan, supaya semua beroleh faedah daripadanya."Pada hemat beta, kualiti manusia yang dilatih oleh UUM mestilah kaya dengan kemahiran unggul, kemahiran insaniah dan berakhlak mulia,"
titah baginda lagi.

Baginda bertitah kemahiran unggul merupakan kemahiran teknikal dan profesional yang diperlukan untuk membolehkan siswazah menjalankan tugas di tempat kerja.

Kemahiran insaniah pula adalah seperti kemahiran mengurus, memimpin, bertutur dalam pelbagai bahasa, berkomunikasi, menulis laporan, bersosial dan keusahawanan, titah baginda.

"Walaupun kedua-dua kemahiran beriringan dan penting, beta ingin menegaskan tunjang kekuatannya terletak pada akhlak mulia.

"Beta menekankan akhlak mulia ini sebagai tunjang, kerana 'kemandirian' kita sebagai sebuah masyarakat dan negara terletak padanya," titah baginda.



















Monday, February 2, 2009

Gong Xi Fat Chai Di Penang

Mat Terap... haha...
My Son & Wife
Lefternan Harith
Rumah My Sister (Prai)
Harith & Mak Teh
Sarjan! Cepat...
Mat Harith & Mat Aiman
Shopping At Tesco Penang
Ayah! Harith nak Turun...
Abg Beca & Matsaleh
Matsaleh Balun Teh Tarik... haha...
1 Lagi Restoran Nasik Kandaq
Queen Street Penang
Tokey Tajuddin Hussain Nasik Kandaq
Queen Street Waktu Puncak
Nasik Kandaq Sultania
Matsaleh Pun Suka Nasik Kandaq Tajuddin Hussain
Dalam Kedai Nasik Kandaq
Pelanggan Pekena Kari Merpati, Ayam Belanda, Sup Kambing dan Ayam Hutan
Antara Pelanggan Regular
The Famous Nasik Kandaq Queen Street
Hati Kambing, Perut Kambing dan Kambing Cincang...
Cepatlaa mamak...
Ump... Sedapnya...
Bismillah dulu Harith...
My Mother & Sister in Law
Abg Ipaq Balun Ayaq Kari Mamak
Mamak! nasik kandaq 1!...
Kedai Berhampiran
Restoran Paling Famous Di Penang
Mamak Senyum Girang
My Son Balun Nasik Kandaq
Besnya nasik kandaq...
Keadaan Kedai nasik Kandaq Hussain
Myson Pekena Nasik Kandaq Sampai Terlena
My Son di Giant Bayan Lepas
Shopping Di Giant Penang
Ayah, nak mainan...
Ayah, Nak Kolam 1...
Giant Tempat Rakyat Malaysia Berbelanja
Cuti Raya Cina berkesempatan balik kampung (Bayan Baru, Penang) selama 3 hari mulai 25 Januari 2008. Hampir 1 bulan aku xbalik kampung.
Bila balik Penang, dalam kepala mesti pekena nasik kandaq. Hampir semua sesi makan dirumah down, disebabkan penangan nasik kandaq. Dari breakfast sampai overnight semuanya balun di kedai nasik kandaq. Senang, bini dan family xpayah masak nasik... haha...
Antara kedai dan gerai nasik kandaq terkenal dan terbest... :- (Breakfast) Nasik Kandaq Bayan Baru area Market Bayan Baru dan Nasik Kandaq Kampung Melayu Air Hitam. (Lunch) Nasik Kandaq Tajuddin Hussain (Tarditional Nasik Kandaq) area Queen Street dan Kassim Mustapa (Banyak Cawangan) . (Dinner) Nasik Kandaq Shariff area USM Penang.
Malam raya cina kedua, aku dan ipaq nak try Nasik Kandaq Line Clear... Punyalah ramai... beratur hampir 1/2 jam baru tiba giliran. Lepas bubuh nasik dan lauk, tengah cari parking.... Masyallah... kotoqnya area line clear... makan atas longkang... dah la mamak pon belemoih, nasik pakai ceduk dengan tangan ja... haha... Tapi sedap jugak.... haha... Itulah specialnya... haha...
Yang besnya, lepas subuh ja... terus p beratur di gerai nasik kandaq, specially Nasik Kandaq Kampung Melayu Air Hitam. Kalau beratur jam 7.00 pagi... hampir 7.45 baru tiba turn untuk pilih lauk... haha... punyalah ramai... Tapi kat sini roti canai pon sedap....
Lepas breakfast di Kampung Melayu Air Hitam, on the way balik masuk town dulu, p Rock Walk Penang, area Stadium Bandaraya... Saja jalan2 cuti mata sambil2 tengok gelagat perniaga perbagai barangam baru dan lama....
Tenggahari... haha... apalagi, nasik Kandaq Tajuddin Hussain area Queen Street. Kat sini lain seket, siapa penggemar nasik kandaq klassik, sinilah tempatnya. Kedai kecil ini menjual nasik kandaq berbeza menu harianya. Hari Specialnya pada Hari Jumaat Isnin dan Rabu. Dimana hari ini menunya Nasik Tomato bersama kari Ayam Ros, Ayam Piru (turkey), Ikan Kering, Ikan Kecil, Kepala Kambing, Nasik Beriyani, Anggsa, Itik Nila, Hati Kambing, Perut Kambing dll... ceh! siap hafal menu... haha...