Tuesday, December 29, 2015

GP100 @ Gipang


Baby Baharu, GP100

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun dalam workshop, akhirnya siap jua.


Siap Sampai Di Rumah

Menambah koleksi sedia ada. Honda CB100, Vespa Sprint 150 & Suzuki GP100.


Siap Sampai Di Rumah


Siap Sampai Di Rumah


Di Bengkel

Barang tukar baharu hampir 90%. Hanya kekal engine, handle, frame, tank, kusyen, pam 2T, buyung, dll.


Di Bengkel

Buat di Bengkel Cikgu di Pekan Pokok Sena berhampiran simpang ke Kebun 500. Hampir 2 tahun Cikgu mencari sparepart dan siapkan motor ini.


Keadaan Asal Terbiar 10 Tahun

Owner masih ada dan bergeran. Terdampar di belakang rumah hampir 10 tahun. Model GP100 tahun 1980. Harga beli baharu pada tahun 1980 adalah sekitar RM3,000.00. Upah modified hampir RM4,000.00. Agak sukar juga mencari spare part. Tapi Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun didalam workshop, akhirnya siap jua. 


Monday, September 7, 2015

Gulai Petai


Gulai Petai @ Petai Curry

Gulai Petai Warisan Keluarga ini merupakan menu aruwah tok aku, Hajah Khadijah Yaacob dan diturunkan kepada bonda aku aruwah Hajah Norma Hj. Ahmad. Hebatnya menu ini, hanya orang yang pernah rasa sahaja tahu keenakanya. Disebabkan keenakanya,aku cuba memasaknya, lebih2 lagi sesudah ketiadaan mereka berdua. Al-Fatihah kepada tok dan bonda aku.


Petai Segar Dikikis

Pemilihan petai segar adalah kaedah pertama dalam menu ini. Petai perlu dikikis pigmen hijaunya supaya petai itu nanti tidak berasa pedar atau kelat. 


Kikis Pigmen Petai Merenyahkan

Dalam menu ini, kerja mengikis pigmen petai inilah yang paling merenyahkan. Ianya perlu dikikis sehingga keluar semua pigmen hijau kulit petai hampir keseluruhanya. Ianya dilakukan dengan berhati2 mengunakan pisau kecil supaya tidak merosakan kulit dan buah petai.


Bentuk Petai Yang Telah Dikikis


Kulit Petai Dibuang Tepi

Petai yang telah dikikis perlu dibuang bahagian tepi supaya bila makan nanti rasa mudah dihadam. Ini kerana,bahagian tepi ini agak kasar dan kembang apabila di rebus nanti.


Dimayang Halus

Petai yang dibuang tepi itu tadi, perlu dimayang halus seperti gambar diatas.


Tugas Ini Mudah

Petai dimayang halus seperti membuat sambal tumis ikan bilis. Ini memudahkan kita memasak dan makan.


Serbuk Rempah Gulai Daging @ Kari Daging

Memasak gulai petai ini memerlukan rempah gulai daging. Sejak aku mula mengenali gulai petai ini, keluarga aku menggunakan rempah kari cap O. Harganya cuma sebungkus 6 kupang (RM 0.60) sebungkus.


Rempah Dilarutkan

Sebelum menumis, rempah gulai daging tadi perlu dilarutkan dalam masa 30 minit supaya sebati.


Kerisik Kelapa

Antara bahan yang diperlukan ketika menumis ialah kerisik kelapa. Penggunaanya sekitar 3 sudu besar sahaja. Bakinya simpan dalam peti ais.


Udang Kering

Bahannya yang lain ialah udang kering berkulit. Rasanya agak sedap apabila ditumis bersama rempah ratus yang lain. 


Bawang Besar

Bawang besar dimayang halus. Bahan ini diperlukan untuk menumis.



Asam Keping

Asam keping ini merupakan bahan sesedap rasa yang menaikan lagi rasa gulai petai. Digunakan dalam 3 keping dan ianya dimasukan selepas rempah masak nanti.


Petai Direbus

Petai yang di mayang halus tadi perlu direbus terdahulu supaya rasa kelat atau pedar akan hilang. Petai yang direbus ini juga dapat mengurangkan bau petai yang kuat. Ianya mengambil masa dalam 10 minit untuk menghilangkan rasa kelat, pedar dan baunya.


Petai Ditoskan

Petai yang direbus tadi perlu ditoskan supaya kering dari air rebusan tadi. Ianya dilakukan supaya petai tadi dapat dikurangkan baunya.


Menumis Bawang Besar

Apabila minyak dah panas, tumiskan bawang besar.


Masukan Udang Kering

Selepas bawang tadi hampir kekuningan, masukan udang kering yang telah dibasuh tadi dengan cermat dan selamat. 


Masukan Kerisik


Masukan kerisik kelapa dan kacau sebati sehingga naik baunya.


Bahan Garing

Biarkan bahan bawang besar, udang kering dan kerisik tadi naik baunya dan sedikit garing.


Masukan Rempah Gulai Daging

Masukan rempah gulai daging tadi setelah bahan tumis tadi garing. Kacau supaya tidak melekat dan hangit.


Biarkan Rempah Masak

Tunggu sekitar 10 minit untuk rempah tadi masak dan naik baunya.


Masukan Asam Keping

Apabila rempah tadi dah masak, masukan asam keping. 


Santan

Masukan santan sekitar 500ml sertelah rempah tadi mendidih.


Masukan Air

Masukan sedikit air supaya gulai petai tidak pekat. Sukatan air ini mengikut kemampuan pembayar bil air... haha...


Masukan Petai Yang Ditos Tadi

Sertelah kuah gulai mendidih, terus masuka petai yang ditoskan tadi secara berperingkat untuk mengelakan permewapan dan limpahan.


Biarkan Kuah Mendidih Bersama Petai

Dan akhir sekali masukan semua petai tadi dan tunggu ianya mendidih bersama kuah dalam masa 10 minit. Masukan juga sedikit garam secukup rasa. Insya-Allah, cubalah untuk keluarga anda. Selalunya, petai hanya dibuat sambal tumis. Kali ini Gulai Petai atau Kari Petai dihidangkan kepada keluarga. Selamat mencuba!!!


Lagenda Gulai Petai Warisan

Friday, June 19, 2015

Krabi Thailand 1


 Trang Andaman Gateway, Thailand

 Gajah @ Chang

 Pakej Laut Di Ao Nang Beach

 Ao Nang Beach

 Ao Nang Beach

Dari Ao Nang Ke Pulau2

 Bambo Island

 Bambo Island

Bambo Island

 Maya Bay



 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Speed Bot

 Kawasan Terumbu & Gua Layang2

 Speed Bot

 Lunch at Restoran Halal Di Pulau

 Lunch at Restoran Halal Di Pulau

  Lunch at Restoran Halal Di Pulau

 Snorkeling

 Snorkeling

 Snorkeling

 Maya Bay

 Maya Bay

 Maya Bay

 Speed Bot

 Maya Bay

 Krabi Nite Market

  Krabi Nite Market

  Krabi Nite Market

  Krabi Nite Market

  Krabi Nite Market

  Krabi Nite Market

 Pavillion Hotel

  Pavillion Hotel

  Pavillion Hotel

 Pavillion Hotel

 Bandar Krabi

 Chang Park

 Factory Outlet

 Factory Outlet

 Factory Outlet

 Factory Outlet
 Bandar Krabi
Bandar Krabi