Monday, September 7, 2015

Gulai Petai


Gulai Petai @ Petai Curry

Gulai Petai Warisan Keluarga ini merupakan menu aruwah tok aku, Hajah Khadijah Yaacob dan diturunkan kepada bonda aku aruwah Hajah Norma Hj. Ahmad. Hebatnya menu ini, hanya orang yang pernah rasa sahaja tahu keenakanya. Disebabkan keenakanya,aku cuba memasaknya, lebih2 lagi sesudah ketiadaan mereka berdua. Al-Fatihah kepada tok dan bonda aku.


Petai Segar Dikikis

Pemilihan petai segar adalah kaedah pertama dalam menu ini. Petai perlu dikikis pigmen hijaunya supaya petai itu nanti tidak berasa pedar atau kelat. 


Kikis Pigmen Petai Merenyahkan

Dalam menu ini, kerja mengikis pigmen petai inilah yang paling merenyahkan. Ianya perlu dikikis sehingga keluar semua pigmen hijau kulit petai hampir keseluruhanya. Ianya dilakukan dengan berhati2 mengunakan pisau kecil supaya tidak merosakan kulit dan buah petai.


Bentuk Petai Yang Telah Dikikis


Kulit Petai Dibuang Tepi

Petai yang telah dikikis perlu dibuang bahagian tepi supaya bila makan nanti rasa mudah dihadam. Ini kerana,bahagian tepi ini agak kasar dan kembang apabila di rebus nanti.


Dimayang Halus

Petai yang dibuang tepi itu tadi, perlu dimayang halus seperti gambar diatas.


Tugas Ini Mudah

Petai dimayang halus seperti membuat sambal tumis ikan bilis. Ini memudahkan kita memasak dan makan.


Serbuk Rempah Gulai Daging @ Kari Daging

Memasak gulai petai ini memerlukan rempah gulai daging. Sejak aku mula mengenali gulai petai ini, keluarga aku menggunakan rempah kari cap O. Harganya cuma sebungkus 6 kupang (RM 0.60) sebungkus.


Rempah Dilarutkan

Sebelum menumis, rempah gulai daging tadi perlu dilarutkan dalam masa 30 minit supaya sebati.


Kerisik Kelapa

Antara bahan yang diperlukan ketika menumis ialah kerisik kelapa. Penggunaanya sekitar 3 sudu besar sahaja. Bakinya simpan dalam peti ais.


Udang Kering

Bahannya yang lain ialah udang kering berkulit. Rasanya agak sedap apabila ditumis bersama rempah ratus yang lain. 


Bawang Besar

Bawang besar dimayang halus. Bahan ini diperlukan untuk menumis.



Asam Keping

Asam keping ini merupakan bahan sesedap rasa yang menaikan lagi rasa gulai petai. Digunakan dalam 3 keping dan ianya dimasukan selepas rempah masak nanti.


Petai Direbus

Petai yang di mayang halus tadi perlu direbus terdahulu supaya rasa kelat atau pedar akan hilang. Petai yang direbus ini juga dapat mengurangkan bau petai yang kuat. Ianya mengambil masa dalam 10 minit untuk menghilangkan rasa kelat, pedar dan baunya.


Petai Ditoskan

Petai yang direbus tadi perlu ditoskan supaya kering dari air rebusan tadi. Ianya dilakukan supaya petai tadi dapat dikurangkan baunya.


Menumis Bawang Besar

Apabila minyak dah panas, tumiskan bawang besar.


Masukan Udang Kering

Selepas bawang tadi hampir kekuningan, masukan udang kering yang telah dibasuh tadi dengan cermat dan selamat. 


Masukan Kerisik


Masukan kerisik kelapa dan kacau sebati sehingga naik baunya.


Bahan Garing

Biarkan bahan bawang besar, udang kering dan kerisik tadi naik baunya dan sedikit garing.


Masukan Rempah Gulai Daging

Masukan rempah gulai daging tadi setelah bahan tumis tadi garing. Kacau supaya tidak melekat dan hangit.


Biarkan Rempah Masak

Tunggu sekitar 10 minit untuk rempah tadi masak dan naik baunya.


Masukan Asam Keping

Apabila rempah tadi dah masak, masukan asam keping. 


Santan

Masukan santan sekitar 500ml sertelah rempah tadi mendidih.


Masukan Air

Masukan sedikit air supaya gulai petai tidak pekat. Sukatan air ini mengikut kemampuan pembayar bil air... haha...


Masukan Petai Yang Ditos Tadi

Sertelah kuah gulai mendidih, terus masuka petai yang ditoskan tadi secara berperingkat untuk mengelakan permewapan dan limpahan.


Biarkan Kuah Mendidih Bersama Petai

Dan akhir sekali masukan semua petai tadi dan tunggu ianya mendidih bersama kuah dalam masa 10 minit. Masukan juga sedikit garam secukup rasa. Insya-Allah, cubalah untuk keluarga anda. Selalunya, petai hanya dibuat sambal tumis. Kali ini Gulai Petai atau Kari Petai dihidangkan kepada keluarga. Selamat mencuba!!!


Lagenda Gulai Petai Warisan