Raudah @ Taman Syurga Dalam Masjid Nabawi
Sampai hotel jam 11.00 malam, aku dan Amran terus ke Masjid Nabawi untuk solat jamak Maghrib & Insya di sana. Kesempatan itu, kami terus berebut memasuki kawasan Raudah pada jam 3 pagi.
Menara Azan Dalam Kawasan Raudah
Sempat melihat Muazin melaungkan Azan Subuh dari menara azan dalam Raudah. Kedudukan gambar ini dari belakang dan arah kiri Raudah. Azan Subuh pertama 1 jam sebelum masuk waktu, jadi kena berebut kehadapan untuk keselesaan semasa solat subuh di dalam Kawasan Raudah.
Pintu Mimbar Dalam Raudah
Aku dan Amran sempat solat dihadapan Mimbar ini sebelum bergerak kehadapan Mihrab. Kawasan ini sangat padat dari tengah malam hingga ke waktu subuh.
Kedudukan Dalam Raudah
Selfie Dalam Raudah...
Sempadan Kawasan Raudah & Masjid Nabawi,
Kapet Hijau Adalah Raudah
Kedudukan Mihrab Dalam Raudah
Kedudkan Mihrab ini aku dapat selepas solat subuh apabila ada orang keluar selepas solat subuh.Boleh duduk iktikaf sehingga masuk waktu solat sunah dhuha. Alhamdulillah, sangat selesa.
Kedudukan Dihadapan Sekali
Berhampiran Mihrab
Sempadan Raudah Dari Arah
Belakang Kawasan Raudah
Antara Tiang Dalam Kawasan Raudah
Tiang Hadapan Dalam Raudah
Menara Azan Dalam Raudah
Amran Pada Kedudukan Sangat Padat Dalam
Raudah Selepas Solat Subuh
Kawasan Raudah akan ditutup separuh selepas solat subuh. Sesiapa yang melepasi separuh kawasan Raudah kedepan, maka bolehlah stay sampai waktu Solat Sunat Dhuha. Lihat di belang Amran, 1 pagar plastik putih telah ditutup selepas solat subuh, sesiapa yang sempat ke kawasan ini sahaja boleh masuk dan stay hingga waktu Dhuha.
Pintu Keluar Arah Hadapan Kawasan Raudah
Hanya pintu ini sahaja boleh keluar selepas kawasan Raudah ditutup. Pintu ini terletak sebelah kanan hadapan Raudah. Selepas solat sunat Dhuha, semua lelaki akan dihambat keluar. Selepas waktu ini, hanya para wanita yang akan dibenarkan masuk.
Kedudkan Dalam Raudah Sangat Padat
Sehinggakan Boleh Dikatakan Sujud
Diatas Kaki Jemaah Lain
Selepas Waktu Subuh, Kawasan Raudah Kembali Tenang
Setelah Dipagari dari Arah Belakang dan Tepi
Ini sahaja insan terpilih yang berada dalam Kawasan Raudah selepas Solat Subuh. Yang tidak sempat hanya boleh melihat dari arah belakang, tepi sebelah kanan dan kawasan hadapan Raudah sahaja. Syukur kepada Allah swt sesiapa terpilih untuk duduk sehingga waktu dhuha.
Kedudukan Kawasan Raudah Selepas
Waktu Solat Subuh Sangat Ketat
Selepas solat subuh, Kawasan Raudah akan dipagari, maka perebutan tempat bermula. Sesiapa yang dapat melepasi pagar plastik, maka terus mencari kedudukan yang selesa untuk beriktikaf sebelum masuk Waktu Solat Sunat Dhuha. Keadaan semasa sangat ketat dan padat.
Mihrab Dalam Raudah
Kedudukan Mimbar Dalam Raudah
Kedudkan Mimbar Dalam Raudah
Kedudkan Diantara Mimbar dan Mihrab
Pada kedudukan yang selesa dalam Kawasan Raudah, pelbagai aktiviti iktikaf boleh dibuat. Jika masuk awal sebelum subuh, bolehlah melakukan Solat Sunat Tahajud, Sunat Taubat, Sunat Hajad, Baca Al-Quran dan lain2.
Pintu Hadapan Raudah Menuju Makam Rasulullah
Dibelakang adalah Pintu Babul Salam, waktu ini lebih kurang jam 5.30 pagi waktu tempatan. Jemaah akan di sekat dengan pagar plastik supaya pelawat Makam Rasulullah tidak sesak. Kemasukan ke Makam Rasulullah melalui Pintu Babul Salam akan dibenarkan masuk mengikut jumlah yang ditentukan oleh pengawal Masjid Nabawi.
Melepasi Kawasan Raudah ke Makam Rasulullah
Sesiapa yang keluar dari kawasan Raudah pada waktu selepas sunat dhuha sangat selesa untuk ziarah Makam Rasulullah kerana pintu Babul Salam Dibelakang Dipagari oleh polis.
Pintu Babul Salam
Pintu Belakang Masjid Nabawi
Kedudukan Amran Dalam Kawasan
Raudah Yang Berjaya Melepasi Pagar
Plastik Selepas Waktu Subuh
Ziarah Selamat Tinggal Rasulullah
Kawasan Makam Rasulullah
Kawasan Makam Rasulullah & Sahabat
Pengawal Makam Rasulullah
Kawasan Makam
Selepas Waktu Dhuha
Kawasan Masjidil Nabawi
Pintu Masuk Ke Babul Salam Terus
ke Makam Rasulullah
Tangki Air Zamzam
Beriktikaf Selepas Subuh
Kawasan Masjidil Nabawi
Kawasan Raudah
Jemaah Mencari Tempat Selesa Di Kawasan Raudah
Kedudukan Dihadapan Makam Rasulullah
Sangat Padat Setiap Waktu
Tangki Minuman Zamzam
Dalam masjid Raudah
Amran Terhimpit Dalam Kawasan Raudah
Makam Rasulullah & Para Sahabat
Sekitar Masjid Nabawi
Sekitar Masjid Nabawi
Pintu King Abdul Aziz
Sekitar Masjid Nabawi
Penjual Al-Quran Wakaf Di Pagar Masjid Nabawi
Otw Pulang Ke Hotel
Sekitar Masjid Nabawi
Sekitar Masjid Nabawi
Mamat Dari Iran
Mamat ni mengaku dia Sunni, Wallahua'lam...
Sekitar Masjid Nabawi
Sekitar Masjid Nabawi
Kedudkan Jalan Ke
Hotel Penginapan Di Madinah
Bersama Pertugas Masjid Nabawi

Keterangan :
A. dari arah Bab As-Salam (Gate #1)
B. Mihrab Hanafi
C. Mimbar Rasulullah
D. Tempat Bilal / Muazzin
E. Mihrab Nabawi / Mihrab Rasulullah
F. Mihrab Utsmani
G. Batas Rumah Rasulullah
H. Ruang Aishah RA / Ruang Makam
I. Ruang Fatimah RA
J. Panggung di sekitar Mihrab Tahajjud
K1. Tempat Ahl Suffah sebelum perluasan 7 H
K2. Tempat Ahl Suffah setelah perluasan 7 H
K3. Panggung Tempat Petugas Keamanan / Sebagian menganggap ini tempat Ahl Suffah
L. Bab An-Nisa
M. Bab Jibril
N. Bab Baqi’ (Gate #41)
1. Makam Rasulullah SAW
2. Makam Abu Bakr RA
3. Makam Umar Ibn Al-Khattab RA
4. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW
5. Dinding Ruang Makam / Kamar Aishah RA
6. Dinding makam segilima, dibangun Umar Ibn Abd Aziz
7. Dinding makam segilima lapis ke dua, dibangun Sultan Qait Bay dari Mesir
8. Kubah kecil tepat di atas ruang makam
9. Lingkaran kubah Al Zarqa
10. Lingkaran kubah Al Khadra’ (Kubah Hijau)
11. Lubang besar searah makam Rasulullah SAW
12. Lubang kecil searah makam Abu Bakr RA
13. Lubang kecil searah makam Umar Ibn Al-Khattab RA
14. Raised platform untuk petugas / askar (data gak akurat berdasarkan ingetan aja)
15. Tiang As-Sarir (tempat tidur)
16. Tiang Al-Hirs (pengawal)
17. Tiang Al-Wufud (utusan)
18. Mihrab di Ruang Fatimah RA, dibangun Sultan Qait Bay dari Mesir
19. Mihrab Tahajjud
20. Mihrab tempat Rasulullah SAW shalat berjamaah dengan Ahl Suffah
99. Garis pembatas jemaah wanita pada saat sebagian raudhah khusus untuk jemaah wanita
Tiang Pertama -tiang wangi [Ustuwaanah Hannanah (tunggak menangis) ]
di Tiang Wangi ini tempat Rasulullah selalu bersolat dan bermunajat.
Para sahabat selalu menyapu minyak wangi sebagai tanda tempat solat
Rasulullah.
[Juga dipanggil Mukhallaq Ustuwaanah. Ia adalah tiang yang paling
diberkati iaitu tempat Nabi (saw) Salat. Di tempat ini terdapat sebatang
pohon tamar. Sebelum mimbar dibina, Rasulullah (saw) menggunakan pohon
tamar ini untuk bersandar semasa menyampaikan khutbah. Apabila mimbar
dibuat, Nabi (saw) menggunakannya untuk khutbah. Ketika perubahan itu
berlaku, terdengar didalam masjid bunyi menangis yang didengari dari
pokok yang keseluruhan masjid bergema dan orang-orang di masjid mula
menangis. Nabi (saw) kemudian berkata: “Pokok ini menangis kerana zikir
Allah hampir dengannya, dan sekarang mimbar telah dibina dan ia telah
terasa jauh dari zikir. Jika saya tidak meletakkan tangan saya di
atasnya, ia akan menangis itu sehingga Hari Qiyamat. “. Kemudian pokok
itu kering dan dikuburkan.]
Tiang Kedua - Tiang Saiditina Aishah [Ustuwaanah Aishah (r.a.)]
Dikenali juga sebagai Tiang al-Muhajirin kerana orang Muhajirin selalu berkumpul di sini.
[ Nabi (saw) bersolat di sini dan selepas itu bersolat di Ustuwaanah
Hannanah. Ia juga dipanggil Qu’rah Ustuwaanah. Sebab Aishah (ra)
melaporkan bahawa Rasulullah (saw) berkata: “Di masjid ini adalah satu
tempat itu bahawa jika orang tahu hal sebenar mengenai keberkatannya,
mereka akan berduyun-duyun ke arah itu dalam apa-apa cara untuk berdoa
di sana. “
Orang bertanya kepada Aishah (ra) untuk menunjukkan tempat yang
tepat tetapi dia enggan berbuat. Kemudian, atas kegigihan Abdullah bin
Zubair (ra) memujuk, Aishah (ra) menunjuk ke tempat ini. Oleh itu ia
dipanggil Ustuwaanah Aishah, kerana hadis yang dilaporkan oleh beliau
dan tempat yang tepat telah ditunjukkan oleh beliau. Ia adalah satu
fakta bahawa Abu Bakr dan Umar (ra) sangat sering berdoa di sini.]
Tiang Ketiga - Tiang Taubat [Ustuwaanah Tawbah]
Di kenali sebagai tiang Abu Lubahah. Abu Lubahah mengikat dirinya
sebagai hukuman kerana mengkhianati Rasulullah. Dia bersekongkol dengan
Yahudi bani Quraizah. Akhirnya Allah menurunkan wahyu menerima taubatnya
yang ikhlas itu.
[ Juga dikenali sebagai Ustuwaanah Abu Lubabah. Abu Lubabah (r.a.) adalah salah satu sahabat yang terkenal.
Sebelum Islam, beliau mempunyai banyak urusan dengan orang-orang Yahudi
Bani Qurayzah. Apabila mereka bertindak tidak setia semasa peperangan
Khandaq dan telah ditawan oleh orang Islam, beliau memberitahu mereka
(Bai Qurayzah) bahawa mereka akan dibunuh dengan membuat tanda dipotong
leher dengan tangannya. Setelah itu, dia menjadi begitu dukacita di atas
kebodohan dan keterlanjuran sehingga dia tidak bisa tenang.
Beliau kemudian datang ke masjid dan mengikat dirinnya sendiri
pada batang tiang ini sambil berkata: “Selagi taubat saya tidak diterima
oleh Allah, saya tidak boleh melonggarkan diri dari sini. Dan Nabi
(saw) sendiri mesti membuka ikatan saya ini”Apabila Rasulullah (saw)
mendengar ini beliau berkata:” Jika dia telah datang kepada saya, saya
akan merayu ampun pada Allah bagi pihaknya. Sekarang dia telah bertindak
atas inisiatifnya sendiri, saya tidak boleh melonggarkan nya sehingga
taubat beliau telah diterima Allah. “
Selama beberapa hari beliau kekal terikat di sana, kecuali
untuk solat dan ke tandas. Pada masa itu isteri dan anaknya yang
digunakan untuk melonggarkan dia dan sekali lagi terikat kepada pokok
itu. Beliau kekal tanpa makanan dan minuman sehingga penglihatan dan
pendengaran terjejas. Kemudian selepas beberapa hari satu pagi manakala
Nabi (saw) dalam solat tahajjud di rumah Ummu Salamah (ra), beliau
menerima berita baik bahawa taubat itu telah diterima. Para Sahabat (ra)
menyampaikan berita kepadanya, dan mahu melonggarkan tetapi beliau
enggan, sambil berkata: “Selagi Nabi (saw) tidak melonggarkan saya
dengan tangannya yang diberkati, saya tidak boleh membenarkan orang lain
untuk berbuat demikian. “Apabila Rasulullah (saw) memasuki untuk Fajr
Salat Baginda membuka ikatan dia. ]
Tiang Keempat- Tiang Katil [Ustuwaanah Sareer]
Disini
terletaknya katil Rasulullah untuk berehat sewaktu beriktikaf. Katil
ini diperbuat daripada pelepah tamar yang terletak berdekatan dengan
tiang tersebut.
['Sareer’ bermakna tempat tidur. Dilaporkan
bahawa Rasulullah (saw) menggunakannya untuk beri’tikaaf , dan digunakan
untuk tidur di sini. Sebuah platform kayu digunakan untuk diletakkan di
sini bagi Baginda tidur di atasnya.]
Tiang Kelima - Tiang Pengawal [Ustuwaanah Ali (r.a.) ]
Di
kenali sebagai Tiang Ali bin Abi Talib. Hal ini keranan beliau selalu
bersolat di situ bagi menjaga keselamatan Rasulullah sehingga turun ayat
yangbermaksud:
"Allah melindungimu daripada gangguan manusia" surah al-Maidah ayat 67
[Juga
dikenali sebagai Ustuwaanah Mah’ras atau Hars. ‘Hars’ bermakna menjaga
atau melindungi. Ini digunakan untuk menjadi tempat di mana sebahagian
daripada para Sahabat (ra) duduk berjaga dan memerhatikan atau bertindak
sebagai gatekeepers. Ali (ra) menjadi salah seorang sahabat yang banyak
berbuat demikian, maka ia juga sering dipanggil Ustuwaanah Ali (ra).
Apabila Rasulullah (saw) memasuki masjid dari pintu bilik Aishah (ra),
Baginga melalui tempat ini.]
Tiang Keenam - Tiang Perwakilan [Ustuwaanah Wufood ]
Rasulullah akan duduk di tiang ini menerima kedatangan perwakilan daripada mana-mana kaum.
[‘Wufood’
bermakna delegasi. Apabila deligasidari luar tiba untuk bertemu Nabi
(saw) bagi pihak puak-puak mereka, mereka akan duduk di sini dan di sini
Baginda gunakan untuk bertemu dengan mereka, berbicara dengan mereka
dan mengajar mereka Islam.]
Tiang Ketujuh - Tiang Persegi Kubur [Ustuwaanah Jibraeel ]
Ia juga dinamakan sebagai Tiang Jibrail, iaitu tempat berdirinya Malaikat Jibrail ketika datang berjumpa Rasulullah.
[ Ini
adalah tempat yang biasa di mana Jibraeel (as) gunakan untuk masuk
melawat Nabi (saw). Hari ini ia tidak boleh dilihat lagi kerana ia
terletak di dalam ruang Makam Rasulullah (saw) ]
Tiang Kelapan - Tiang tahujjud [Ustuwaanah Tahajjud]
Berada
dalam pagar makam. Di tiang ini Rasulullah menunaikan solat
sunat tahajud. Namun selepas itu, beliau melaksanakan solat sunat
tahajud di dalam rumah kerana dikhuatiri ada sahabat yang menyangka
beliau sedang menuanaikan solat wajib.
[ Dilaporkan bahawa
ini adalah tempat di mana pada lewat malam permaidani telah dibentangkan
untuk Nabi (saw) melaksanakan solat tahajjud, selepas semua orang telah
meninggalkan masjid. ]
Gambar tanpa skala, ada sebagian berdasarkan ingatan aja. Dikompilasi juga dari sumber2 lain :
http://www.imtiazahmad.com/lessons/in_ruangan_masjid_nabi.htm
http://orgawam.wordpress.com/2008/08/13/denah-masjid-nabawi/