Monday, June 16, 2014

Perjalanan Suci 3

Masjid Quba'


Antara Masjid yang akan dilawati oleh para tetamu Allah dalam siri lawatan ke tempat tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah adalah Masjid Quba' . Yang pastinya Masjid ini tersenarai dalam senarai Masjid Masjid yang mesti di kunjungi . Cuma yang tidak pastinya ialah adakah para tetamu Allah , satelah berhabisan wang demi untuk melakukan Umrah , berpeluang atau mengambil peluang untuk menunaikan Solat sunat 2 rakaat di Masjid ini .


Ini adalah kerana , Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "


Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "


Masjid Quba' , masjid yang di bina atas dasar taqwa dan iman , adalah Masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam . Dalam surah Al Taubah , ayat 108 ,Allah SWT berfirman yang maksud nya , " sesungguhnya masjid yang di dirikankan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalam nya " .

Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini diturunkan khas di tujuk kepada Masjid Nabawi namun ada juga pendapat mengatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba' . Walau bagaimana pun kedua dua pendapat ini tidak bercanggah kerana kedua dua buah masjid ini dibina atas dasar Taqwa .


Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba' iaitu kira kira 3 Km dari arah selatan bandar Madinah . Quba' di ambil daripada nama sebuah telaga . Masjid ini berbentuk empat persegi dan terkini telah di perluaskan kawasan nya menjadi hampir 5 035 meter persegi .

 Amran Di Masjid Quba'

Sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Bukhari daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba' pada hari Sabtu , Kadang kadang pada hari Isnin dan Khamis dengan menaiki unta atau berjalan kaki .
Masjid Quba' dibangunkan pada hari Isnin 8 Rabiulawal , setiba nya Rasullullah SAW  di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah dari Makkah . Baginda bermalam selama empat hari bersama Bani 'Amru Bin Auf di rumah Kalthum Bin Al-Hadm .

Medan Uhud Puncak Pemanah

Kawasan Pemanah Jabal Uhud

Permulaan Ihram & Perjalanan Umrah

Ziarah Wida' @ Selamat Tinggal Rasulullah


Masjid Bir Ali Tempat Niat Ihram

 Perjalanan Berihram Dari Madinah

Makanan Di Wadi R&R

Wadi R&R

Dari Luar Tanah Haram

Berhampiran Memasuki Tanah Haram

Zamzam Tower Di Sebalik
Kawasan Pembinaan

Kaabah Kiblat Kita

Selesai Umrah Pertama

Selepas Umrah Pertama, terus ke kedai gunting rambut bertahalul.

 Bangunan Lama Masjidil
Haram Belum Diruntuhkan
Zamzam Tower

Alhamdulillah, sempat diberikan oleh Allah swt kesempatan Solat Di Belakang Imam Di Depan Kaabah. Antara waktu yang sempat ialah waktu Solat Zohor. Walaupun agak sukar mendapat tempat sebegini, kita kena usahalah. 1 jam sebelum solat waktu, polis akan buat clearence keliling Kaabah dan jemaah perlu mengabil tempat yang selesa. jika jemaah tidak mengambil tempat yang selesa, ianya akan mengganggu jemaah lain. Polis akan mengusir para jemaah yang mengganggu saf orang lain ke belakang atau kawasan Masjidil Haram di belakang.
 Kawasan Muktazam & Pintu Kaabah
Pengawal Hajaratul Aswad

Polis Mengawal Saf Hadapan Apabila
Hampir Masuk Waktu Solat

Yang Tidak Dapat Saf Akan Diminta Beredar

Hanya Yang Dapat Menduduki Line Hadapan
Secara Selesa Akan Kekal Semasa Waktu Solat

Polis Akan Buat Clearence Jemaah Disekeliling
Kaabah Apabila 1 Jam Menjelang Waktu Solat Fardu

Pertugas Masjidil Haram Sibuk
Menyiapkan Tempat Solat Imam

Jemaah Wanita Akan Dihambat
Ke Zon Solat Wanita

Polis Sibuk Menyusun Saf & Mengawal
Keliling Kaabah Sejam Sebelum Waktu Solat

Ramai Polis Akan Bertugas Apabila
Menjelang Waktu Solat

Pertugas & Polis Mengawal Saf Hadapan

Tempat Paling Hadapan

Mic Emas Untuk Imam Dipasang

Adjustment Saf Hadapan

Hajaratul Aswad Dikawal
Sepenuhnya Sebelum Solat

Pertugas Di Saf Hadapan

Pertugas Tempat Imam

Saf Hadapan Dicuci Bersih

Pertugas Sibuk Menyediakan Tempat Imam

Sesudah Dibersihkan

Kapet Hijau Untuk Saf Hadapan Dihampar

Pertugas Mengambil Saf Hadapan
Di Belakang Imam

Pertugas berbaju biru (cuci) diberi keutamaan solat di saf belakang imam. Ini merupakan penghormatan kepada pertugas mulia seperti mereka.

Polis Mengawal Saf Hadapan

 Polis Mengawal Kawasan
 Kaabah Sewaktu Solat Fardu

No comments: