Tuesday, June 3, 2014

Perjalanan Suci

Doa Selamat Oleh Keluarga

Alhamdulillah, aku dijemput menjadi tetamu Allah swt ke Tanah Suci mengerjakan Umrah pada 8 hingga 18 Mei 2014 yang lalu.Aku dan sahabat Amran dipilih melakukan Umrah pada bulan Rejab, Alhamdulillah.

Keluarga Yang Hadir Sebelah Aku & Mertua

Syukur dan sangat teruja menjadi tetamu Allah swt, keluarga juga bersyukur kerana aku terpilih oleh Allah.

Keluarga Datang Memberikan Doa

Sebenanrnya, inilah kali pertama aku akan menjejak kaki dan melakukan Ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Rasulullah di Madinah.

Aruwah mak Aku & Kaum Kerabat

Aruwah Mak aku sangat teruja apabila mengatahui aku akan ke Tanah Suci, beliau telah mengumpulkan sanak saudara dan memasakan ala2 kenduri untuk meraikan aku pada malam sebelum berangkat ke Tanah Suci. Keadaan mak aku sangat ceria dan sihat.

Tokwan, Bapa Mertua & Adik Aku
Di Airport Alor Setar

Sahabat & Keluarga Datang
Mengucapkan Selamat
Jalan Di Airport Alor Setar

Aruwah Mak & Mak Mertua Serta
Sanak Saudara Di Airport Alor Setar

Isteri, Anak2 & Bapa Mertua, Hj. Mustapa Meraikan
Aku Di Airport Alor Setar

Isteri dan anak2 serta semua ahli keluarga memberikan sokongan yang terbaik walaupun aku hanya pergi bersama sahabat baik ke Tanah Suci mengerjakan Ibadat Umrah.

Adik Ipar Dr. Rahimee Meraikan Aku & Amran di KLIA

Taklimat Mutawif di KLIA

Taklimat Mutawif di KLIA

Dalam Persawat Saudi Air
dari KLIA - Madinah

Pramugari Saudi Air
Menghidangkan Minuman Ringan

Scren Hadapan Menunjukan Maklumat
Perjalanan dan Distinasi di Madinah

Hidangan Makanan

Makanan Pertama Selepas Sejam Penerbangan

Alhamdulillah, makanan pertama nasi dengan ikan, sayur, buah, roti, kek, acar, coklat, oren dan air mineral water. Sedap!

Makanan Kedua Selepas Enam Jam Penerbangan
Makanan kedua selepas 6 jam penerbangan, nasi goreng + sayur, acar, roti, kek, coklat, minuma oren dan mineral water. Juga sedap!
Menghidangkan Minuman Panas

Airport Madinah

Alhamdulillah, penerbangan selama 9 jam dari KLIA, akhirnya selamat mendarat di Airport Madinah. Syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan menziarahi Rasulullah sebelum mengerjakan Ibadah Umrah.

Saudi Air di Madinah

Dari tempat landing, kami seramai 400 orang menaiki bas ke terminal Airport Madinah.

Amran Mendarat Dengan Rasa Syukur

Imigresen Airport Madinah

Alhamdulillah, staf Imegresen Arab Saudi di Airport Madinah sangat friendly, dan memudahkan semua Jemaah Umrah seramai 400 orang.

Pengurusan Bagasi di Airport Madinah

Pekerja kebanyakan dari Bangladesh yang mengurusakan bagasi semua jemaah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
(Sambung.....)


No comments: