Wednesday, August 27, 2014

Perjalanan Suci 4

 Jabal Rahmah Bukit Pertemuan Adam & Hawa

 Pendakian Yang Friendly

 Puncak Jabal Rahmah

 Ada Yang Menulis Nama Pasangan 
dan Pasangan Seterusnya... hehe...

 Kegiatan Muamalat Di Puncak Jabal Rahmah

 Pemandangan Dari Puncak Jabal Rahmah 
Kelihatan Hospital Yang Beroperasi 
Pada Musim Haji

 Kegiatan Muamalat (Serbuk Inai)

 Batu Tanda Tempat Pertemuan 
Nabi Adam & Hawa

 Sekadar Hadir... Mendoakan Supaya 
Kekalkan Pasangan Yang Sedia Ada... 
Dan Bertambah kasih Sayang... hehe..

 Kegiatan Muamalat Dari Kaki 
Hingga Puncak Jabal Rahmah

 Aktiviti Muamalat Di Sekitar 
Pendakian Jabal Rahmah

Tidak lengkap rasanya ziarah ke Tanah Suci Mekah ini jika tidak singgah di Jabal Rahmah, bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 40 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Tinggi tugu tersebut lebih kurang 8-10 meter. Untuk sampai ke tempat itu atau tugu itu, jaraknya hanya 150 meter dari kaki bukit. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak itu adalah diantara 15-20 minit untuk mendakinya.


Sebagaimana Firman Allah dinyatakan didalam surah Al-Hujurat ayat 13 :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.”
Tempat ini adalah salah satu tempat mustajab doa….. khasnya bagi mereka yang sedang mencari pasangan. Berdoalah dengan penuh ikhlas dan yakin, InsyaAllah …diperkenankan Allah.

 Umrah Ke-2

 Dari Safa Ke Marwah

 Dari Marwah Ke Safa

 Pancur Air Zamzam

 Saie

 Lampu Hijau Tanda Tempat 
Sunat Berlari-lari Anak

 Kawasan Larian Anak

 Selesai Saie Terus Minum Air Zamzam

 Tempat Bermula Saie

 Selesai Saie, Terus Minum Air Zamzam

Alhamdulillah, Selesai Umrah Ke-2


Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.
.
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi  Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.

No comments: