Wednesday, February 11, 2009

Jublee Emas UUM 25th

Mr. Matnor & Aku


Tuanku Sultan meletakkan replika 25 tahun UUM

sebagai tanda merasmikan Perayaan Jubli Perak


Dalam Dewan


Tempat Jamuan


Amirul Cas


Mr. Mat Nor & Oficcer UUM




Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitahingin melihat Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) mengorak langkah untuk menjadi “konsultan” pengurusan negara kepada negara-negara membangun lain melalui formula Malaysia.

Baginda bertitah, profesor dan pakar di UUM COLGIS dan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) mampu memahami dan mendokumenkan kebijaksanaan pemimpin negara dalam mentadbir Malaysia.

“Keunikan dan formula mentadbir negara berbilang kaum sejak awal kemerdekaan hingga kini, sudah mula disedari pemimpin dunia ketiga yang lain.

“Daripada pengamatan Beta, Beta dapati UUM telah melalui tiga fasa perkembangannya sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Fasa pertama, dimulai dengan peletakan asas program-program akademik. Pada fasa ini, UUM telah mentakrifkan institusinya sebagai “Universiti Pengurusan”.

Fasa kedua, dicerahkan dengan peletakan tapak operasinya, iaitu di Lembah Sintok, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Daripada Lembah Sintok ini, UUM menghubungkan dirinya dengan tempat-tempat lain di negara ini, dan juga dengan negara-negara luar. Setelah UUM berdiri dengan gagahnya di Lembah Sintok ini, Beta melihat UUM telah mula menarik perhatian masyarakat dalam dan luar negara terhadap program-program akademik dan kokurikulum yang ditawarkannya.

Fasa ketiga, Beta dapat merasakan UUM telah mula menyusun semula organisasinya, supaya ia lebih efektif bagi menangani cabaran-cabaran mendatang. Melalui fasa ketiga ini, Beta dapat mengesan perubahan atau “change” di UUM, bagi membawa UUM jauh ke hadapan.

Titah baginda lagi, perubahan atau “change” sepanjang peningkatan usia sesebuah organisasi adalah satu kemestian. Tanpa perubahan, organisasi akan menjadi statik dan organisasi yang statik tidak boleh maju ke hadapan.

“Justeru, orang yang berada di dalamnya akan menjadi terlalu selesa, sehingga tidak boleh memberikan saingan pada cabaran-cabaran baru dan oleh itu, organisasi sentiasa memerlukan suntikan-suntikan baru bagi melahirkan keraguan, kerana daripada keraguan itulah seorang mula berfikir untuk mencari alternatif-alternatif,” titah baginda pada majlis Pelancaran Perayaan Jubli Perak UUM sempena 25 tahun penubuhannya, di sini.

Selain itu, baginda sultan juga turut menitahkan supaya UUM melakukan proses semakan semula semua aspek struktur dan fungsinya bagi mengesan kekuatan serta peluang baru bagi menjamin universiti itu terus relevan.

Baginda bertitah, semakan itu juga perlu dilakukan untuk mengesan kelemahan serta cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi UUM, agar dapat ditambah baik demi menjaga kualitinya.

"Beta meletakkan harapan yang tinggi kepada UUM agar hasrat penubuhannya dikembangluaskan kepada pelan tindakan, supaya semua beroleh faedah daripadanya."Pada hemat beta, kualiti manusia yang dilatih oleh UUM mestilah kaya dengan kemahiran unggul, kemahiran insaniah dan berakhlak mulia,"
titah baginda lagi.

Baginda bertitah kemahiran unggul merupakan kemahiran teknikal dan profesional yang diperlukan untuk membolehkan siswazah menjalankan tugas di tempat kerja.

Kemahiran insaniah pula adalah seperti kemahiran mengurus, memimpin, bertutur dalam pelbagai bahasa, berkomunikasi, menulis laporan, bersosial dan keusahawanan, titah baginda.

"Walaupun kedua-dua kemahiran beriringan dan penting, beta ingin menegaskan tunjang kekuatannya terletak pada akhlak mulia.

"Beta menekankan akhlak mulia ini sebagai tunjang, kerana 'kemandirian' kita sebagai sebuah masyarakat dan negara terletak padanya," titah baginda.



















No comments: