Tuesday, February 24, 2009

Jubli Emas UUM 25th

PSB 25 Tahun
Penasihat Pasukan
Pasukan Rotu Navy & Polis
Potong Kek
Abg Majid Ketua Koir
Pasukan Pelajar Lawyer
Pasukan Pancaragam
Azizul Pasukan Bendahari
Azri Bendahari
Peneraju Utama Pasukan
Wanita PSB
Gang Rotu Darat
Pasukan Pusat Komputer
Sedia Kawat
Linda, Azman & Aku
Semua Pasukan Berkumpul
Pasukan Antarabangsa Kolej Maybank
Pasukan PSB
Pasukan Berkuda
Di Rasmikan Oleh NC & Pengarah UUM
Pertunjukan Paracut
Segak Bergaya



PROUUM ONLINE: LEBIH 20,000 pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan berhimpun di Kompleks Sukan kampus itu malam esok (16 Februari 2009) sempena ulang tahun ke-25 kampus UUM.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak pada malam itu Afendy Muhammad, sebanyak 36 pasukan masing-masing 18 dari pusat tanggungjawab, 15 Dewan Penginapan Pelajar dan masing-masing satu pasukan dari Suksis dan Pancaragam Pusat Kokurikulum akan mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Katanya program ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang selepas pelancaran perayaan Jubli Perak pada 10 Februari yang disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah selaku Canselor UUM.
Tinjauan sekitar kampus pagi tadi semua kontinjen sibuk membuat persiapan dan latihan kawad sebagai persediaan untuk perbarisan pada malam esok.
Beliau menambah program sambutan esok yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Tan Sri Samsudin Osman merangkumi lafaz ikrar yang akan diketuai oleh Pendaftar Harun Amin bersama kakitangan, persembahan kebudayaan, perarakan kontinjen dan pertunjukan bunga api.
Dalam pada itu Amirullah Ikrami Akbar dari UUM College of Arts and Sciences (CAS) yang ditemui semasa sesi latihan berkata, beliau bangga kerana walaupun baru setahun berkhidmat dengan UUM namun berpeluang untuk menyertai sambutan penubuhan UUM ke-25.
“Saya tidak akan melupakan saat manis ini kerana untuk menjangkau umur 25 tahun sudah semestinya pelbagai rintangan telah dihadapi dan kini bagi saya rakan-rakan lain harus berusaha untuk menaikkan imej UUM ini,” katanya.
Bagi Muhammad Faiz Ahmad Pembantu Am Pejabat di Pejabat Perhubungan Awam yang telah berkhidmat sejak tahun 2001 berasa bangga kerana diberi peluang oleh unitnya untuk menyertai perarakan pada malam esok.
“Bukan senang kita semua hendak berkumpul seperti ini dan malam esok pastinya akan tercatat satu lagi sejarah dalam perkhidmatan saya,” katanya yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-37 pada 10 Februari lalu.


























No comments: